Ruang Berita / Pengumuman /Pengeluaran Keputusan Akhir dan Pewartaan Perintah Pengecualian Individu bagi Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama Transpasifik antara All Nippon Airways Co., Ltd. dengan United Airlines, Inc.
Pengeluaran Keputusan Akhir dan Pewartaan Perintah Pengecualian Individu bagi Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama Transpasifik antara All Nippon Airways Co., Ltd. dengan United Airlines, Inc.
Â
MAVCOM telah mengeluarkan Keputusan Akhir yang mendapati bahawa permohonan pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama Transpasifik antara All Nippon Airways Co., Ltd. dengan United Airlines, Inc. memenuhi semua syarat di bawah seksyen 50 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan pengecualian individu tersebut layak dibaharui. Perintah Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama Transpasifik tersebut telah diwartakan dan berkuat kuasa bagi tempoh lima (5) tahun mulai 19 Oktober 2022 hingga 18 Oktober 2027.