Ruang Berita / Pengumuman /Pengeluaran Keputusan Akhir dan Pewartaan Perintah Pengecualian Individu bagi Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama antara Singapore Airlines Limited dengan Deutsche Lufthansa AG
Pengeluaran Keputusan Akhir dan Pewartaan Perintah Pengecualian Individu bagi Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama antara Singapore Airlines Limited dengan Deutsche Lufthansa AG
Â
MAVCOM telah mengeluarkan Keputusan Akhir yang mendapati bahawa permohonan pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama antara Singapore Airlines Limited dengan Deutsche Lufthansa AG memenuhi semua syarat di bawah seksyen 50 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan pengecualian individu tersebut layak dibaharui. Perintah Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usaha Sama tersebut telah diwartakan dan berkuat kuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 5 Disember 2022 hingga 4 Disember 2025.