7 April 2022: Kunjungan Hormat oleh
U.S. Embassy
Pada 7 April 2022, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah menerima satu kunjungan hormat oleh En. Francis Peters, Kaunselor Komersial Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau ditemani oleh Cik Pung Siau Wei, Pakar Komersial Kanan di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan Cik Murni Ali, Wakil Negara bagi Agensi Perdagangan dan Pembangunan Amerika Syarikat (USTDA). Barisan Pengurusan Kanan MAVCOM telah diwakili oleh Yang Mulia Raja Azmi Bin Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Operasi serta Pn. Pushpalatha Subramaniam, Pengarah Hal Ehwal Pengguna untuk mengalu-alukan tetamu yang dihormati.
MAVCOM memulakan kunjungan hormat tersebut dengan satu pembentangan mendalam mengenai peranan dan fungsi Suruhanjaya, struktur dan senarai warga kerja, serta inisiatif semasa dan yang akan datang. Selain itu, MAVCOM telah membuat demonstrasi langsung mengenai panduan Nasihat Perjalanan FlySmart yang membolehkan pengguna penerbangan mengikuti perkembangan terkini tentang keperluan perjalanan seperti maklumat mengenai sekatan sempadan, ujian COVID-19 serta keperluan vaksin di seluruh dunia, antara lainnya.
Ini diikuti dengan penjelasan mengenai fungsi dan bidang tumpuan Jabatan Komersial Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi industri penerbangan. Seterusnya, satu sesi perbincangan dan soal jawab diadakan, bagi tujuan pemahaman lanjut dan dalam meneroka peluang untuk mewujudkan usaha kerjasama yang strategik.
MAVCOM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Francis Peters dan delegasi beliau kerana sudi melawat MAVCOM dan mengharapkan lebih banyak penglibatan serta usaha kerjasama di masa hadapan.
7 April 2022: Kunjungan Hormat oleh U.S. Embassy