8 April 2022: Kunjungan Hormat oleh Qatar Airways
Pada 8 April 2022, MAVCOM telah menerima satu kunjungan hormat oleh En. Ehab Rustam, Ketua Penyelenggaraan Talian Antarabangsa dan En. Mena Fares, Pengurus Pembangunan Perniagaan syarikat penerbangan Qatar Airways. Kunjungan hormat tersebut datang tepat pada masanya selepas lawatan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Qatar baru-baru ini dari 27 hingga 29 Mac 2022. Barisan Pengurusan Kanan MAVCOM telah diwakili oleh Yang Mulia Raja Azmi Bin Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Operasi serta Pn. Pushpalatha Subramaniam, Pengarah Hal Ehwal Pengguna untuk mengalu-alukan tetamu yang dihormati.
MAVCOM memulakan kunjungan hormat tersebut dengan satu pembentangan mendalam mengenai peranan dan fungsi Suruhanjaya, struktur dan senarai warga kerja, serta inisiatif semasa dan yang akan datang. Selain itu, MAVCOM telah membuat demonstrasi langsung mengenai panduan Nasihat Perjalanan FlySmart yang membolehkan pengguna penerbangan mengikuti perkembangan terkini tentang keperluan perjalanan seperti maklumat mengenai sekatan sempadan, ujian COVID-19 serta keperluan vaksin di seluruh dunia, antara lainnya.
Ini diikuti dengan penjelasan mengenai tujuan Qatar Airways untuk melawat Malaysia atas usaha untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara syarikat penerbangan tersebut dan pemain industri tempatan. Seterusnya, satu sesi perbincangan dan soal jawab diadakan, bagi tujuan pemahaman lanjut dan untuk memupuk hubungan kerjasama yang lebih erat.
MAVCOM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ehab Rustam dan En. Mena Fares kerana sudi melawat MAVCOM. MAVCOM juga mengharapkan bahawa hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Qatar berterusan.