Pilih satu Halaman

Tentang Kami / Anggota Jawatankuasa

Anggota Jawatankuasa

JAWATANKUASA AUDIT DAN RISIKO (ARC)

ARC mengawasi pelaporan kewangan, pengurusan kewangan, pembelanjawanan, kawalan dalaman, pengurusan risiko, kepatuhan kawal selia, audit dalaman dan audit luar Suruhanjaya.

Anggota ARC: 

  1. Dato’ Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (Pengerusi)
  2. Datuk Mohd Nasir Ahmad
  3. Encik Mohd Rashid Mohd Yusof
JAWATANKUASA PERSAINGAN DAN EKONOMI (CEC)

CEC memberikan panduan dan cadangan strategik kepada Suruhanjaya mengenai hal-hal ekonomi yang berkaitan dengan industri penerbangan awam, ulasan pasaran perkhidmatan penerbangan dan garis panduan persaingan. CEC juga mengawasi dan menilai cadangan pihak Pengurusan tentang apa-apa perkara yang dijalankan menurut fungsi yang diperuntukkan di bawah Bahagian VII (Persaingan), Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], terutamanya berkaitan penyiasatan atau keputusan mengenai pelanggaran larangan yang disyaki, permohonan untuk pengecualian individu dan blok serta permohonan berkenaan percantuman atau percantuman yang dijangkakan.

Anggota CEC: 

  1. Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen (Pengerusi sehingga hari terakhir beliau sebagai Anggota ex officio Suruhanjaya pada 16 Oktober 2022)
  2. Datuk Seri Long See Wool
  3. Dato’ Normah Osman
  4. Dr. Cassey Lee Hong Kim
  5. Dr. Haniff Ahamat
JAWATANKUASA PERLINDUNGAN PENGGUNA (CPC)

CPC memberikan panduan strategik berhubung dengan perlindungan pengguna dalam industri penerbangan dan memantau serta mengkaji semula jenis aduan yang diterima oleh Suruhanjaya melalui laporan berkala yang diberikan kepada Jawatankuasa.

Jawatankuasa juga:

  • mengkaji semula, mempertimbangkan dan mencadangkan pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC); dan
  • memberikan cadangan kepada Suruhanjaya mengenai penalti kewangan yang sesuai untuk dikenakan ke atas pemberi perkhidmatan penerbangan kerana tidak mematuhi MACPC menurut Seksyen 69 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

Anggota CPC:

  1. Datuk Seri Long See Wool (Pengerusi)
  2. Professor Emeritus Dato’ Dr. Sothi Rachagan
  3. Prof. Madya Dr. Ezlika Mohd Ghazali
JAWATANKUASA PELESENAN DAN HAK TRAFIK UDARA (LATRC)

LATRC menilai cadangan pihak Pengurusan, antara lain, yang berkaitan dengan:

  • sebarang permohonan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL), Permit Perkhidmatan Udara (ASP), Lesen Pengendali Darat (GHL) dan Lesen Pengendali Aerodrom sebelum mengesyorkan kepada Suruhanjaya untuk kelulusan muktamad; dan
  • penguntukan Hak Trafik Udara (ATR) yang baharu dan tersedia jika hak dan/atau bida kompetitif tidak mencukupi untuk hak-hak tersebut.

Anggota LATRC:

  1. Datuk Seri Long See Wool (Pengerusi)
  2. Dato’ Wan Kamaruzaman Wan Ahmad
  3. Encik Mohamad Radzuan Mazlan
  4. Encik Wee Hock Kee
JAWATANKUASA PERUNDANGAN, PENGAWALSELIAAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN (LRDC)

LRDC memberikan panduan dan cadangan perundangan strategik kepada Suruhanjaya berkenaan sebarang hal-hal perundangan. Selain itu, Jawatankuasa juga mengkaji semula, mempertimbangkan, menyumbangkan dan/atau memberikan panduan mengenai sebarang draf cadangan undang-undang, peraturan, kod dan garis panduan baharu atau sebarang bentuk perundangan subsidiari yang lain. Jawatankuasa turut mengawasi pengendalian dan penyelesaian semua material litigasi serta pertanyaan atau prosiding pengawalseliaan yang melibatkan Suruhanjaya.

Anggota LRDC:

  1. Datuk Roger Tan Kor Mee (Pengerusi)
  2. Encik Abdul Kadir Kassim
  3. Encik Goh Keng Tat
  4. Datuk Ng Kong Peng
  5. Encik Ragunath Kesavan
JAWATANKUASA PENCALONAN DAN SARAAN (NRC)

NRC membuat penilaian terhadap calon-calon untuk pelantikan Anggota- anggota Jawatankuasa dan Pengurusan Tertinggi dengan mengambil kira pengalaman, kelayakan dan sifat mereka. NRC merumus dan menilai pakej imbuhan dan emolumen untuk Pengurusan Tertinggi dan menentukan kuantum bonus untuk semua pekerja termasuk Pengurusan Tertinggi.

Anggota NRC:

  1. Dato’ Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (Pengerusi)
  2. Dato’ Razali Mohamad
  3. Puan Badariah Abdul Jalil