Tentang Kami / Anggota Suruhanjaya
Anggota Suruhanjaya
ANGGOTA SURUHANJAYA SEMASA

Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. Kasim
Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. Kasim ialah Pengerusi Eksekutif MAVCOM dan telah dilantik pada 4 Mei 2020. Sebelum ini, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya MAVCOM pada 1 Mac 2016, semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Pengangkutan (MOT) sehingga 6 Januari 2019. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, serta Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Sebelum bersara daripada Perkhidmatan Awam Malaysia pada bulan November 2019, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.
Datuk Seri Hj. Saripuddin memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Diploma Lanjutan dalam bidang Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan Korporat dari Universiti Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat.

Dato’ Jana Santhiran Muniayan
Dato’ Jana Santhiran Muniayan kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.
Sebelum pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Dato’ Jana Santhiran merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dari 5 Januari 2022 hingga 16 Januari 2023.
Beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama 27 tahun di mana beliau bermula sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun 1995. Setahun kemudian, beliau telah dilantik ke Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Pembangunan dan Penswastaan. Kemudiannya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Setiausaha pada tahun 2003 di jabatan yang sama. Semasa di KP, beliau juga merupakan Pengurus Projek untuk Asian Development Bank dan Projek-projek Pendidikan Malaysia World Bank.
Dato’ Jana Santhiran kemudiannya menyertai Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha di mana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, pada September 2007. Pada tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada Disember 2014, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Setiausaha, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di Kementerian Pengangkutan. Kemudiannya, beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Unit Strategik Negara dari Mei 2016 hingga September 2018. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Pengangkutan sehingga Disember 2020. Seterusnya, beliau bertugas sebagai Ketua Sekretariat Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga Ogos 2021. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) di Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Dato’ Jana Santhiran mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Sarjana Pengurusan dari Universiti Malaya. Beliau juga memiliki Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Dato’ Nor Azmie Diron
Dato’ Nor Azmie Diron adalah Ketua Setiausaha bagi Kementerian Ekonomi. Portfolio beliau termasuk merangka, melaksana dan memantau rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang pada peringkat nasional, wilayah dan negeri. Beliau turut bertanggungjawab ke atas penyediaan keseluruhan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RM Ke-12).
Dato’ Nor Azmie Diron memulakan kerjayanya dalam bidang perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1995. Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor, termasuk pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (sekarang dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Kementerian Pembangunan Usahawan (sekarang dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau KUSKOP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Unit Perancang Ekonomi Selangor. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pembangunan) pada tahun 2015 dan kemudiannya sebagai Pegawai Kewangan Selangor pada tahun 2018. Beliau telah bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Makro) di Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM pada tahun 2021, diikuti dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah di EPU pada November 2022 dan seterusnya sebagai Ketua Setiausaha bagi Kementerian Ekonomi pada Disember 2022.
Beliau berkelulusan dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1993 dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. Beliau turut menghadiri Program Pembangunan Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada tahun 2009 serta Kursus Kepimpinan dan Pemikiran Strategik di Columbia University pada tahun 2014.

Datuk Seri Long See Wool
Datuk Seri Long See Wool telah berkhidmat selama lebih daripada 34 tahun di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan pengkhususan dalam bidang penerbangan. Semasa beliau di MOT, beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Pengangkutan Udara) dan Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Lapangan Terbang) di Bahagian Udara. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian (Penerbangan) di Bahagian Udara dari 16 Mei 2002 hingga 1 November 2006 dan selepas itu, dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan).
Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Setiausaha MOT yang dipegangnya tidak lama sebelum persaraannya pada tahun 2014. Datuk Seri Long memegang pelbagai ijazah dan diploma dari Universiti Malaya dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Datuk Roger Tan Kor Mee
Datuk Roger Tan Kor Mee adalah seorang peguam kanan. Beliau telah didaftar rai sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara di Malaysia dan Singapura pada tahun 1989 dan sebelum itu telah diterima masuk ke “English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London sebagai Barrister pada tahun 1988. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Queen Mary College, Universiti London dan juga ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Singapura.
Beliau juga pernah menjadi rakan kongsi kanan firma guaman Tetuan Nik Saghir & Ismail yang berpusat di Kuala Lumpur dari tahun 1993 sehingga 2009. Sejak tahun 2010, beliau telah menjadi rakan kongsi pengurusan Tetuan Roger Tan & Partners.
Datuk Roger telah dipilih untuk berkhidmat dalam Badan Peguam Malaysia dari tahun 2004 sehingga 2009 dan dari tahun 2018 sehingga 2023. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara selama dua penggal (dari 2013 sehingga 2015 dan 2017 sehingga 2019).
Datuk Roger juga tidak asing dalam bahagian perkhidmatan awam. Beliau telah berkhidmat sebagai perunding undang-undang luar kepada kerajaan Johor dan beberapa badan berkanun persekutuan. Pada tahun 2000-an, beliau telah membantu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara pro bono untuk merombak undang-undang pembangunan perumahan serta undang-undang berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Datuk Roger juga pernah menyandang jawatan sebagai anggota Suruhanjaya di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (“SPAN”) antara Jun 2009 sehingga Mei 2017. Pada Mac 2009 sehingga Mac 2015, beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (“SWCorp”).
Pada bulan Julai 2019, Menteri Dalam Negeri ketika itu telah melantik beliau sebagai anggota Pasukan Petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Pada bulan Julai 2015, Datuk Roger telah dilantik dan kemudiannya dilantik semula oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berkhidmat sebagai Presiden Tribunal Pengurusan Strata sehingga Jun 2022. Pada 22 Mac 2023, beliau turut dilantik untuk menganggotai barisan Ahli Panel Berkepakaran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Datuk Roger juga kini merupakan pemegang amanah Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman College (“TARC”).

Dato’ Wan Kamaruzaman Wan Ahmad
Dato’ Wan Kamaruzaman Wan Ahmad merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) bagi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) dari Mei 2013 sehingga Oktober 2018. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar bagi Jabatan Perbendaharaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) dari Oktober 2007 hingga April 2013. Dato’ Wan Kamaruzaman memulakan kerjayanya di Maybank pada tahun 1981 dalam Jabatan Perbendaharaan dengan 2 jawatan di Hamburg, Jerman serta London, United Kingdom sebagai Pengurus Perbendaharaan dan Ketua Peniaga (Chief Dealer). Selepas meninggalkan Maybank pada tahun 1994, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah di beberapa syarikat dalam Kumpulan Affin sehingga tahun 2005. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan di Kemuncak Facilities Management Sdn. Bhd. serta Izoma (M) Sdn. Bhd. sehingga tahun 2007.
Dato’ Wan Kamaruzaman pernah dilantik sebagai Pengerusi pertama bagi Majlis Pelabur Institusi yang ditubuhkan pada 2015 untuk mewakili kepentingan pelabur institusi secara kolektif dalam pasaran kewangan Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa penasihat Indeks FTSE4Good (yang berpusat di London) dari tahun 2015 sehingga 2019. Sumbangan Dato’ Wan Kamaruzaman dalam mempertingkatkan amalan tadbir urus korporat di Malaysia telah menganugerahkan beliau pengiktirafan khas daripada Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”).
Selain itu, Dato’ Wan Kamaruzaman merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa syarikat tersenarai di Malaysia iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (“MRCB”), Bermaz Auto, Al-Aqar Healthcare REIT dan Al-Salam REIT. Beliau juga merupakan Ahli Panel Pelaburan KWSP dan Pengerusi di Iris Capital Partners, serta memegang jawatan Pengarah di Mudarabah Innovation Fund Investment Ltd. (“MIFIL”), Global LNG Sdn. Bhd., IPlus Technologies Sdn. Bhd., Massive Equity Sdn. Bhd. dan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (“MyCEB”). Dato’ Wan Kamaruzaman turut dilantik sebagai Pengarah di Bank of America Malaysia Berhad pada Julai 2022.
Beliau seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Analitik) Kepujian daripada Universiti Malaya dan merupakan seorang Jurubank Bertauliah.

Dato Ir. Alice Jawan Empaling
Dato Ir. Alice Jawan Empaling ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak sejak Oktober 2022 selepas beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Kemudahan Awam) dari Januari 2017 hingga September 2022. Kini, beliau turut memegang beberapa jawatan dalam barisan Pengurusan Kanan dan Lembaga termasuk Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Selain itu, Dato Ir. Alice merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak tahun 2021.
Semasa di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi di Lembaga Air Sibu, Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Air Kuching, LAKU Management Sdn. Bhd., dan Sarawak Energy Berhad. Sebelum itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam Lembaga Air Sibu selama hampir 30 tahun (1990 – 2017) daripada jawatan sebagai Jurutera Eksekutif sehingga pelantikan sebagai Timbalan Pengurus Besar dan jawatan terakhirnya sebagai Pengurus Besar dari tahun 2015 hingga 2017. Dato Ir. Alice telah bertanggungjawab dalam pelbagai aspek rawatan air daripada pengeluaran kepada pengedaran, dengan penekanan khusus pada Pengurusan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water atau NRW). Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak.
Dedikasi beliau sebagai pemimpin telah menganugerahkannya dengan “Malaysia Outstanding Water Award for Women Leadership” pada tahun 2019 oleh Persatuan Air Malaysia dan “Anugerah Ketua Menteri Sarawak Kepimpinan Wanita” sempena sambutan Hari Wanita Sarawak pada tahun 2015.
Dato Ir. Alice mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) Kejuruteraan Awam dari University of Tennessee-Knoxville, Amerika Syarikat dan Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan dari University of Ohio, Amerika Syarikat.
MANTAN ANGGOTA SURUHANJAYA
Mantan Pengerusi Eksekutif dan Anggota Suruhanjaya

General Tan Sri Dato’ Sri Abdullah bin Ahmad RMAF (Retd.)
Mantan Pengerusi Eksekutif
1 Mac 2016 – 1 Jul 2018

Dr. Nungsari Ahmad Radhi
Mantan Pengerusi Eksekutif
1 Jul 2018 – 30 Apr 2020
Anggota Suruhanjaya sejak
1 Mac 2016 – 1 Jul 2018
Mantan Anggota Suruhanjaya yang lain

Tan Sri Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff
Mantan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi
1 Mac 2016 – 7 Jun 2017

Tan Sri Dato’ Seri Chor Chee Heung
1 Mac 2016 – 30 Jun 2018

Dato’ Dr. Ir. Shaik Hussein bin Mydin
1 Mac 2016 – 1 Jul 2018

Dato’ Mah Weng Kwai
1 Mac 2016 – 28 Feb 2022

Dato’ Fauziah binti Yaacob
1 Mac 2016 – 28 Feb 2022

Datuk Seri Nik Azman bin Nik Abdul Majid
Mantan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi
9 Jun 2017 – 21 Okt 2018

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia
7 Jan 2019 – 30 Sept 2019

Datuk Seri Isham Ishak
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia
25 Nov 2019 – 16 Jan 2023

Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen
Mantan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi
11 Jun 2020 – 14 Okt 2022

Puan Hidah Misran
Anggota Silih Ganti kepada Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen
8 Dis 2020 – 14 Okt 2022