Industri / Persaingan /Garis Panduan dan Borang Permohonan Persaingan
Garis Panduan
Seksyen 65 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] memperuntukkan kuasa kepada MAVCOM untuk mengeluarkan dan menerbitkan garis-garis panduan apabila wajar atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian VII (Persaingan) Akta 771 dengan lebih baik.
Garis panduan yang telah dikeluarkan oleh MAVCOM adalah seperti berikut:
- Garis Panduan mengenai Takrif Pasaran Perkhidmatan Penerbangan
- Garis Panduan mengenai Perjanjian Antipersaingan
- Garis Panduan mengenai Penyalahgunaan Kedudukan Dominan
- Garis Panduan mengenai Penilaian Substantif Percantuman
- Garis Panduan mengenai Prosedur Pemberitahuan dan Permohonan untuk Percantuman yang Dijangkakan atau Percantuman
- Garis Panduan mengenai Penentuan Penalti Kewangan
- Garis Panduan mengenai Rejim Kelonggaran
Garis-garis panduan ini memberi penjelasan kepada Bahagian VII (Persaingan) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Kesemua faktor yang boleh dipertimbangkan oleh MAVCOM dalam melaksanakan Bahagian VII (Persaingan) Akta seperti yang diperuntukkan dalam kesemua garis panduan adalah tidak menyeluruh, dan contoh-contoh yang diberikan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Garis-garis panduan ini akan dikemaskini oleh MAVCOM dari semasa ke semasa.
Borang Permohonan Persaingan
Sebarang permohonan atau aduan kepada MAVCOM berkenaan dengan Bahagian VII (Persaingan), Akta 771 hendaklah dibuat melalui borang dan cara yang ditetapkan seperti yang berikut:
- Borang Permohonan untuk Pengecualian Individu
- Borang Permohonan untuk Pengecualian Blok
- Borang Permohonan untuk Percantuman yang Dijangkakan atau Percantuman
- Borang Aduan
- Borang Permohonan untuk Kelonggaran
Senarai keputusan MAVCOM mengenai permohonan persaingan boleh dirujuk di sini.