Garis Panduan
Seksyen 65 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 memperuntukkan kuasa kepada MAVCOM untuk mengeluarkan dan menerbitkan garis-garis panduan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian VII (Persaingan) Akta tersebut dengan lebih baik.
Garis panduan yang telah dikeluarkan oleh MAVCOM adalah seperti berikut:
- Garis Panduan mengenai Takrif Pasaran Perkhidmatan Penerbangan
- Garis Panduan mengenai Perjanjian Antipersaingan
- Garis Panduan mengenai Penyalahgunaan Kedudukan Dominan
- Garis Panduan mengenai Penilaian Substantif Percantuman
- Garis Panduan mengenai Pemberitahuan dan Permohonan bagi Suatu Percantuman yang Dijangkakan atau Percantuman Persaingan
- Garis Panduan mengenai Penentuan Penalti Kewangan
- Garis Panduan mengenai Rejim Kelonggaran
Garis-garis panduan ini memberi penjelasan kepada Bahagian VII (Persaingan) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Kesemua faktor yang boleh dipertimbangkan oleh MAVCOM dalam melaksanakan Bahagian VII (Persaingan) Akta seperti yang diperuntukkan dalam kesemua garis panduan adalah tidak menyeluruh, dan contoh-contoh yang diberikan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Garis-garis panduan ini akan dikemaskini oleh MAVCOM dari semasa ke semasa.