Industri / Pelesenan / Lesen Pengendali Darat
Lesen Pengendali Darat
Lesen Pengendali Darat atau Ground Handling Licence (GHL) diperlukan untuk sesiapa yang berhasrat untuk mengusahakan perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia. Rujuk Jadual Kedua Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] bagi senarai aktiviti pengendalian darat yang memerlukan lesen daripada MAVCOM.
Setiap GHL merangkumi syarat-syarat terperinci yang terikat dengan undang-undang, yang mana ia menyatakan jenis perkhidmatan yang diberikan hak pelaksanaan kepada pemegang lesen, tempoh sah lesen dan juga syarat-syarat lain yang berkaitan.
Pemohon yang berjaya akan diberikan Kelulusan Bersyarat pada peringkat awal, yang membolehkan pemohon mengemukakan permohonan Kelulusan Teknikal (TA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk operasi yang dicadangkan. GHL hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang memiliki TA yang sah dari CAAM.
Klik di sini untuk senarai pengendali darat yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya untuk mengusahakan perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia
Memohon Lesen Pengendali Darat (GHL)
Mana-mana individu yang berhasrat untuk memohon GHL hendaklah mengemukakan borang ini (borang permohonan GHL) yang telah lengkap kepada MAVCOM melalui portal AeroLicence, bersekali dengan semua maklumat yang disenaraikan di Lampiran C pada borang permohonan GHL.
Pemohon dinilai oleh MAVCOM berdasarkan beberapa kriteria, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- struktur pemilikan pemohon yang mana sama ada pemohon adalah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan dikawal secara langsung oleh syarikat/warganegara Malaysia;
- permintaan bagi pengangkutan udara di kawasan operasi yang dicadangkan;
- pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan syarikat;
- kebolehlaksanaan pelan perniagaan yang dicadangkan;
- daya tahan kewangan perniagan; dan
- kewujudan perkhidmatan lain yang serupa dalam industri.
Permohonan bagi GHL memerlukan minima 90 hari untuk diproses. MAVCOM hanya akan memulakan proses penilaian sesuatu permohonan setelah menerima permohonan lengkap bersama dengan bayaran yang ditetapkan. Permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan kelewatan dalam pemprosesan dan berkemungkinan ditolak. Keputusan terkini MAVCOM berkaitan GHL boleh didapati di sini.
Sekiranya pemegang lesen gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan oleh MAVCOM, MAVCOM berhak untuk meminda, membatal, atau menggantung lesen sedia ada.
MAVCOM boleh meluluskan GHL untuk tempoh sehingga lima (10) tahun.
Memperbaharui Lesen Pengendali Darat (GHL)
Bagi organisasi yang memiliki ASL atau ASP dan mengendalikan perkhidmatan kendalian darat khusus untuk operasi syarikat penerabangan mereka sendiri, mereka adalah tidak tertakluk kepada seksyen ini. Ini adalah kerana bagi pemegang ASL dan ASP, mereka dibenarkan untuk menjalankan perkhidmatan pengandalian darat pagi penerbangan mereka selagimana ASL dan ASP mereka masih sah.
Bagi penyedia perkhidmatan pengendalian darat yang lain, untuk memperbaharui GHL anda, permohonan bertulis hendaklah dikemukakan kepada MAVCOM bersekai dengan maklumat yang tersenarai di dalam Lampiran C pada borang permohonan GHL.
Setiap pemegang GHL dikehendaki mengemukakan laporan operasi dan kewangan secara berkala kepada MAVCOM sebagai sebahagian daripada syarat lesen mereka.
Permohonan bagi pembaharuan lesen hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh tamat lesen sedia ada dan hendaklah disertakan dengan bayaran yang ditetapkan.
Senarai Pengendali Darat berdasarkan Lokasi dan Perkhidmatan
Untuk senarai Pengendali Darat yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya berdasarkan lokasi serta kategori perkhidmatan pengendalian darat, sila rujuk kepada Senarai Pengendali Darat berdasarkan Lokasi dan Perkhidmatan.