Pilih satu Halaman

Industri / Obligasi Perkhidmatan Awam / Peranan MAVCOM dalam RAS

Peranan MAVCOM dalam RAS

MAVCOM berkuasa untuk mentadbir dan menguruskan laluan Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO). Di Malaysia, contoh utama PSO ialah Perkhidmatan Udara Luar Bandar yang menghubungkan kawasan yang terpencil, kurang penduduk atau tidak dapat dimasuki di Malaysia, dengan kawasan lain di seluruh negara.

Syarikat penerbangan yang beroperasi di laluan obligasi perkhidmatan awam ini berhak menerima dana daripada Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam.

Dengan penubuhan MAVCOM pada 1 Mac 2016, Suruhanjaya tersebut berkuasa untuk mentadbir dan menguruskan skim PSO dalam industri penerbangan di Malaysia, manakala Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pengangkutan, kekal sebagai penggubal dasar utama.

Pada tahun 2016, MAVCOM telah menjalankan satu kaji selidik tentang RAS dan memberikan cadangan untuk bakal dasar berkaitan PSO di Sabah dan Sarawak. Tujuan kaji selidik itu adalah untuk:

  • Mengkaji semula pelbagai aspek bagi mekanisme semasa RAS dengan objektif untuk melaksanakan PSO di Sabah dan Sarawak dengan cara yang paling efisien dan berkesan;
  • Meninjau dan mencadangkan pilihan alternatif bagi pelaksanaan mekanisme PSO yang lebih efisien dan berkesan di Sabah dan Sarawak; serta
  • Memastikan penggunaan optimum subsidi kerajaan bagi kesalinghubungan melalui jalan udara yang berterusan di antara Sabah dan Sarawak.