Pilih satu Halaman

Industri / Obligasi Perkhidmatan Awam / Program Semasa RAS

Program Semasa RAS

MASwings Sdn. Bhd. (Dari 2007)

Pada tahun 2007, Kabinet Malaysia telah memutuskan supaya operasi RAS dikembalikan kepada MAS atau subsidiarinya. MAS kemudiannya menubuhkan MASwings sebagai entiti yang akan mengendalikan RAS dan pada Jun 2007, telah diputuskan bahawa MASwings akan mengambil alih operasi RAS selama sepuluh tahun.

Kos operasi RAS oleh MASwings ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dalam bentuk bayaran subsidi dan sewa pajakan pesawat. Penerbangan pertama dibuat pada 1 Oktober 2007, yang juga merupakan ulang tahun penubuhan Malaysia Airlines pada tahun 1972.

MASwings telah menandatangani sebuah perjanjian baharu dengan Kerajaan pada Januari 2019 dan akan mengendalikan operasi penerbangan 40 laluan RAS di Sabah dan Sarawak (termasuk perkhidmatan daripada Miri) dari tahun 2019 hingga 2024.  Kementerian Pengangkutan juga telah mengklasifikasikan satu laluan tambahan di dalam rangkaian RAS mulai 1 Mei 2019. Oleh itu, adanya sejumlah 13 laluan yang menggunakan pesawat ATR 72-500 dan 28 laluan lain menggunakan pesawat Twin Otter Viking DHC6-400. Laluan ini beroperasi di 10 lapangan terbang dan 13 STOLport di Sabah dan Sarawak.

Laluan bagi ATR dan Twin Otter adalah seperti yang berikut:



Sumber: Great Circle Mapper

No. SARAWAK (Dalam negeri) No. SARAWAK (Dalam negeri)
1 Miri – Mulu 23 Mukah – Kuching
2 Miri – Limbang 24 Miri – Long Seridan
3 Miri – Bintulu 25 Marudi – Long Seridan
4 Miri – Sibu 26 Miri – Long Banga
5 Bintulu – Sibu 27 Marudi – Long Banga
6 Kuching – Mulu 28 Kuching – Tanjong Manis
7 Kuching – Limbang 29 Bario – Long Seridan
8 Miri – Lawas 30 Bario – Long Lellang
9 Limbang – Lawas 31 Perkhidmatan kargo di antara Miri dan Bario, Ba’kelalan,Long Seridan, Long Lellang,
Long Akah dan Long Banga.
10 Miri – Ba’kelalan No. SABAH (Dalam negeri)
11 Lawas – Ba’kelalan 32 KK – Lahad Datu
12 Miri – Bario 33 Sandakan – Tawau
13 Marudi – Bario 34 KK – Labuan
14 Miri – Marudi 35 KK – Kudat (Dihentikan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak)
15 Miri – Long Lellang 36 Kudat – Sandakan (Dihentikan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak)
16 Marudi – Long Lellang  37  Lahad Datu – Sandakan
17 Miri – Long Akah No. SABAH/SARAWAK (Antara negeri)
18 Marudi – Long Akah 38 Miri – Labuan
19 Bario – Ba’kelalan 39 KK – Mulu
20 Sibu – Mukah 40 KK – Limbang
21 Mukah – Miri 41 KK – Lawas
22 Mukah – Bintulu    

Gambar pesawat RAS


source: Ministry of Transport Malaysia