Pilih satu Halaman

Industri / Pemfailan untuk Kelulusan Perkhidmatan / Pendaftaran

Pendaftaran

Berkuatkuasa 1 Ogos 2018, semua syarikat penerbangan yang berminat untuk menggunakan ruang udara Malaysia serta mengendalikan penerbangan komersil yang berjadual dan tidak berjadual ke / dari Malaysia, dikehendaki untuk mendapatkan permit overflight / pendaratan melalui portal AeroFile. Sila ambil perhatian bahawa portal ini tidak menyediakan platform untuk permohonan slot dan syarikat penerbangan dikehendaki memohon slot dengan National Slot Coordination Malaysia (“NSCM”).

AeroFile bertindak sebagai pusat sehenti dengan mengintegrasikan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (“MAVCOM”), Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (“CAAM”) dan NSCM, agensi-agensi yang bertanggungjawab bagi aplikasi permit pendaratan. Portal ini bertujuan untuk memudahkan operasi syarikat penerbangan ke / dari Malaysia dengan menyediakan sistem aplikasi berasaskan web sehenti yang akan mengurangkan keperluan untuk kertas kerja dan tempoh pemprosesan.

Sila klik di sini untuk mendapatkan panduan langkah demi langkah bagi pendaftaran penggunaan Aerofile.

*Sila isi semua maklumat yang diwajibkan

Laman tidak dapat dipapar

Pelayar Internet Explorer (IE) tidak disokong untuk pendaftaran Aerofile. Sila gunakan pelayar internet Google Chrome atau Firefox.