Industri / Persaingan / Pengenalan
Pengenalan
Berkuatkuasa daripada 1 Mac 2016, undang-undang persaingan yang terpakai bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia adalah seperti yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, khususnya Bahagian VII (Persaingan) Akta tersebut. Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 juga telah dikecualikan daripada pemakaian Akta Persaingan 2010 melalui penyenaraiannya di bawah Jadual 1, Akta Persaingan 2010 yang berkuatkuasa daripada 1 Mac 2016.
Bahagian VII (Persaingan), Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 terpakai bagi yang berikut –
- aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang menyentuh perkhidmatan penerbangan di dalam Malaysia; dan
- aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dibuat atau dilaksanakan di luar Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Bahagian VII (Persaingan) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 tidak terpakai bagi aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta tersebut:
- Pentadbiran dan peruntukan obligasi perkhidmatan awam dan perjanjian yang dibuat berkenaan dengan obligasi perkhidmatan awam;
- Perjanjian yang sedia ada yang dibuat dengan Kerajaan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;
- Suatu perjanjian atau perlakuan setakat yang ia terlibat dalam suatu perintah untuk mematuhi suatu kehendak perundangan;
- Aktiviti perundangan kolektif atau perjanjian kolektif berkenaan dengan terma dan syarat penggajian dan yang dirunding atau diselesaikan antara pihak-pihak yang termasuk kedua-dua majikan dan pekerja atau organisasi yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan majikan atau pekerja;
- Suatu perusahaan yang dipertanggungjawabkan dengan operasi perkhidmatan yang berkepentingan ekonomi am atau mempunyai ciri monopoli pengeluaran hasil setakat yang larangan di bawah Penggal 2 Bahagian VIII akan menghalang pelaksanaan, di sisi undang-undang atau pada hakikatnya, tugas yang tertentu yang diberikan kepada perusahaan itu.
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan dengan Bahagian VII (Persaingan), Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, sila e-mel kepada:
Penggal 1 Bahagian VII & Jadual Ketiga Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015