Pilih satu Halaman

Industri / Persaingan / Penyalahgunaan kedudukan dominan

Penyalahgunaan kedudukan dominan

Penyalahgunaan kedudukan dominan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan adalah dilarang di bawah undang-undang Malaysia. Penguasaan pasaran, walaupun mustahak, bukan merupakan satu-satunya faktor penentu sama ada sesebuah perusahaan menguasai kedudukan dominan atau tidak.

Larangan terhadap sebarang penyalahgunaan kedudukan dominan tidak termasuk tindakan-tindakan yang mempunyai justifikasi komersial yang munasabah atau merupakan suatu respons komersial yang munasabah terhadap kemasukan ke dalam pasaran atau perlakuan pasaran seorang pesaing.

MAVCOM mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang penyalahgunaan kedudukan dominan yang disyaki di dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Garis Panduan mengenai Penyalahgunaan Kedudukan Dominan.

Penggal 3, Bahagian VII, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015