Industri / Persaingan / Perjanjian antipersaingan
Perjanjian antipersaingan
Sebarang perjanjian yang mempunyai matlamat atau kesan untuk menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan adalah dilarang di bawah undang-undang Malaysia. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perjanjian yang melibatkan:
- penetapan harga;
- perkongsian pasaran perkhidmatan penerbangan atau punca bekalan;
- pembatasan atau peengawalan pengeluaran;
- pembatasan atau pengawalan salur keluar pasaran atau capaian pasaran;
- pembatasan atau pengawalan pembangunan teknikal atau teknologi;
- pembatasan atau pengawalan pelaburan; dan
- penipuan bida.
MAVCOM mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan dan meluluskan pengecualian individu (di bawah seksyen 51) atau pengecualian blok (di bawah seksyen 52) berasaskan pada sebab-sebab yang berikut:
- terdapat manfaat teknologi, kecekapan atau sosial yang boleh dikenal pasti secara signifikan yang berbangkit secara langsung daripada perjanjian itu;
- manfaat itu tidak dapat semunasabahnya diberikan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu tanpa perjanjian itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan;
- kesan buruk perjanjian itu pada persaingan adalah bersekadar dengan manfaat yang diberikan; dan
- perjanjian itu tidak membenarkan perusahaan yang berkenaan untuk menghapuskan persaingan sama sekali berkenaan dengan sebahagian besar perkhidmatan penerbangan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Garis Panduan mengenai Perjanjian Antipersaingan.
Permohonan untuk suatu pengecualian individu atau pengecualian blok hendaklah dibuat melalui borang dan cara yang ditetapkan yang berikut:
Penggal 2, Bahagian VII, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015