Industri / Hak Trafik Udara / Perkhidmatan Berjadual (Penumpang dan Kargo)
Perkhidmatan berjadual (penumpang dan kargo)
Syarikat Penerbangan Tempatan
Mana-mana syarikat penerbangan tempatan yang berhasrat untuk mengoperasikan hak trafik yang diperuntukkan sebagaimana ditetapkan pada Sijil Hak Trafik Udara bagi sebarang laluan domestik dan antarabangsa hendaklah memohon kepada MAVCOM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan membuat pemfailan permohonan mereka menerusi AeroFile sebelum ia boleh memulakan perkhidmatan.
Pemohon dibenarkan untuk membuat pemohonan untuk urusan pemfailan operasi dan kepada National Slots Allocation Malaysia bagi penguntukan slot pada masa yang sama menerusi AeroFile Namun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan berjadual yang dipohon itu selepas mendapat kelulusan menerusi AeroFile.
Pemfailan untuk Kelulusan Perkhidmatan Berjadual
Pemfailan operasi hendaklah berdasarkan kepada Jadual Musim Panas dan Musim Sejuk IATA.
Hanya pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dengan Sijil Hak Trafik Udara yang sah sahaja yang layak untuk membuat pemfailan operasi-operasi berjadual.
Mana-mana hak trafik yang tidak digunakan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh kuat kuasa operasi akan secara automatik dibatalkan oleh MAVCOM.
Seandainya pemohon berhasrat untuk membuat pemfailan untuk operasi yang berbeza daripada operasi yang dinyatakan dalam Sijil Hak Trafik Udara, pemohon dikehendaki memohon kepada MAVCOM untuk membuat pindaan terhadap Sijil Hak Trafik Udara terlebih dahulu sebelum membuat pemfailan untuk operasi tersebut. Pindaan butiran operasi merangkumi perkara berikut:
- pertambahan atau penurunan daripada segi kekerapan penerbangan;
- pengurangan atau penambahan destinasi (yang turut merangkumi fifth freedom traffic rights);
- perubahan jenis pesawat; dan
- perubahan tarikh operasi.
Prosedur-prosedur untuk memohon Sijil Hak Trafik Udara boleh didapati di sini.
Syarikat Penerbangan Asing
Mana-mana syarikat penerbangan daftaran asing yang berhasrat untuk mengaplikasikan hak trafik di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara dua hala dan/atau pelbagai hala boleh memohon kepada MAVCOM dan CAAM dengan membuat pemfailan permohonan mereka menerusi AeroFile. sebelum memulakan perkhidmatan.
Pemohon dibenarkan untuk membuat pemohonan untuk urusan pemfailan operasi dan kepada National Slots Allocation Malaysia bagi penguntukan slot pada masa yang sama menerusi AeroFile Namun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan berjadual yang dipohon itu selepas mendapat kelulusan menerusi AeroFile.
Pemfailan untuk Kelulusan Perkhidmatan Berjadual
Pemfailan operasi hendaklah berdasarkan kepada Jadual Musim Panas dan Musim Sejuk IATA.
Hanya syarikat yang telah dilantik seiring dengan Perjanjian Perkhidmatan Udara dua hala dan/atau pelbagai hala yang dimeterai oleh Malaysia dan negara berkaitan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pemfailan bagi operasi penerbangan berjadual ke dan dari Malaysia.
MAVCOM akan hanya meluluskan permohonan berdasarkan hak trafik yang ada seperti yang termaktub pada perjanjian yang disebut di atas sahaja. Mana-mana permohonan bagi perkhidmatan berjadual yang tidak dinyatakan di bawah perjanjian tersebut akan ditolak oleh MAVCOM.