Pilih satu Halaman

Industri / Hak Trafik Udara / Perkhidmatan Tidak Berjadual (Penumpang dan Kargo)

Perkhidmatan tidak berjadual (penumpang dan kargo)

Syarikat Penerbangan Tempatan

Mana-mana syarikat yang mahu mengguna pakai permit untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo sebagaimana dinyatakan di dalam Permit Perkhidmatan Udara (ASL) bagi sebarang destinasi domestik dan antarabangsa hendaklah memohon kepada MAVCOM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan membuat pemfailan permohonan melalui AeroFile. sebelum memulakan perkhidmatan. 

Pemohon dibenarkan untuk membuat pemohonan untuk urusan pemfailan operasi dan kepada National Slots Allocation Malaysia bagi penguntukan slot pada masa yang sama menerusi AeroFile Namun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan berjadual yang dipohon itu selepas mendapat kelulusan menerusi AeroFile. 

Permohonan bagi overflight dan perkhidmatan tidak berjadual lain yang bukan berkaitan dengan perhidmatan sewa atau mengambil upah (hire or reward), yang antaranya merangkumi operasi bagi tujuan perubatan, mencari dan menyelamat, pemetaan dari udara, aktiviti pertanian, aktiviti saintifik dan sukan hendaklah dikemukakan kepada CAAM untuk kelulusan (bukan MAVCOM).

Pemfailan bagi Kelulusan Perkhidmatan Tidak Berjadual 

Hanya pemegang Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang sah sahaja yang layak untuk membuat pemfailan permohonan bagi operasi penerbangan tidak berjadual. Pemohon bertanggungjawab mendapatkan kelulusan yang diperlukan dari negara destinasi (jika merupakan negara selain daripada Malaysia). MAVCOM tidak akan bertanggungjawab seandainya pemohon gagal mendapat kelulusan daripada negara destinasi untuk mengendalikan perkhidmatan yang dimohon.

Syarikat Penerbangan Asing 

Mana-mana syarikat yang berhasrat untuk membawa penumpang, kargo dan/atau mel secara perkhidmatan penerbangan tidak berjadual dari mana-mana lokasi di luar Malaysia ke mana-mana lokasi di Malaysia dan sebaliknya, hendaklah memohon kepada MAVCOM dan CAAM dengan membuat pemfailan permohonan mereka melalui AeroFile sebelum memulakan perkhidmatan.

 Pemohon tidak dibenarkan melakukan operasi seperti berikut:

  • membawa keluar penumpang, kargo dan/atau mel dari Malaysia yang berbeza daripada senarai penumpang/ kargo yang dimohon;
  • mengangkut mana-mana kargo dan/atau mel dari Malaysia ke mana-mana lokasi di luar Malaysia kecuali jika disertakan dengan “surat tiada bantahan” daripada pengendali ASL (kargo) dan ASP (kargo) Malaysia;
  • mengangkut mana-mana penumpang, kargo dan/atau mel dari satu destinasi di Malaysia ke destinasi lain di Malaysia; dan
  • megangkut mana-mana penumpang, kargo dan/atau mel di kedudukan sektor tersebut.

Pemohon dibenarkan untuk membuat pemohonan untuk urusan pemfailan operasi dan kepada National Slots Allocation Malaysia bagi penguntukan slot pada masa yang sama menerusi AeroFile Namun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan berjadual yang dipohon itu selepas mendapat kelulusan menerusi AeroFile.

Permohonan bagi overflight dan perkhidmatan tidak berjadual lain yang bukan untuk disewa atau upah (hire or reward), yang antaranya merangkumi operasi bagi tujuan perubatan, mencari dan menyelamat, pemetaan dari udara, aktiviti pertanian, aktiviti saintifik dan sukan hendaklah dikemukakan kepada CAAM untuk kelulusan (bukan MAVCOM).

Pemfailan untuk Kelulusan Perkhidmatan Tidak Berjadual

Hanya pemegang ASL/ASP dan/atau Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) yang layak untuk membuat pemfailan permohonan untuk kelulusan bagi operasi penerbangan tidak berjadual di bawah kategori ini.

 Pemohon bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan dari negara asal untuk memulakan operasi. Kegagalan mengemukakan bukti kelulusan dari negara asal boleh mengakibatkan permohonan ditolak.