Inisiatif Terpilih
Inisiatif Terpilih
Bahagian ini menjelaskan inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam menjalankan peranannya di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].
Antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh MAVCOM adalah:
-
Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (Akan Datang)Â
Rangka kerja ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Rangka kerja ini akan memberikan perhatian yang luas dan terperinci bagi meningkatkan pengalaman penggunaan lapangan terbang untuk semua pengguna, daripada perspektif penumpang terhadap syarikat-syarikat penerbangan, kakitangan lapangan terbang terhadap syarikat-syarikat pengendalian darat, dan pemegang-pemegang taruh yang lain.
Cadangan MAVCOM kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai hala tuju strategik jangka masa panjang industri penerbangan awam Malaysia. Visi strategik kertas cadangan ini adalah untuk menjadikan sektor penerbangan awam sebagai industri yang mampan dan berdaya tahan bagi menyokong evolusi Malaysia sebagai satu destinasi aktiviti ekonomi utama di peringkat global.
Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) adalah perkhidmatan udara yang dijalankan di kawasan pedalaman Malaysia Timur, di mana ia merupakan mod pengangkutan penting untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan bahagian-bahagian lain di negara ini. Di bawah Akta 771, MAVCOM diberi kuasa untuk mentadbir dan mengurus laluan Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO), termasuk RAS.Â
Klik pada pautan di atas untuk maklumat lanjut tentang inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MAVCOM.