Pilih satu Halaman
Resources / Archives / Lawatan Rasmi oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan Menteri Muda Pengangkutan 1, Sarawak

Lawatan Rasmi oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan Menteri Muda Pengangkutan 1, Sarawak

 

Pada 19 Januari 2022, Menteri Pengangkutan Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Lim Khee Shin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong serta Menteri Muda Pengangkutan 1, Sarawak telah mengunjungi pejabat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) turut hadir bersama ke lawatan tersebut. MAVCOM telah membuat pembentangan dan memberi penerangan yang mendalam mengenai fungsi-fungsi Suruhanjaya serta matlamat yang ingin dicapai bagi tahun 2022.

MAVCOM amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Lim Khee Shin, Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil, rombongan Menteri Pengangkutan Sarawak, serta Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong di atas lawatan rasmi tersebut.

MAVCOM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Lim Khee Shin, Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil, MOTS serta Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong di atas kehadiran mereka ke lawatan rasmi tersebut. Suruhanjaya berharap untuk terus bekerjasama bersama pihak MOTS dan MOT dalam penambahbaikan industri penerbangan di Malaysia Timur serta di seluruh negara.