Lawatan Rasmi oleh Timbalan Menteri Pengangkutan
Pada 28 September 2021, Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong telah mengunjungi pejabat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk mengenali peranan Suruhanjaya dalam pengawalseliaan industri penerbangan awam, fungsi Suruhanjaya serta inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Timbalan Menteri Pengangkutan, Bahagian Penerbangan dan Unit Komunikasi Korporat dari Kementerian Pengangkutan.
Suatu pembentangan mendalam telah diberikan oleh Ketua Pegawai Operasi MAVCOM, Raja Azmi Raja Nazuddin, diikuti oleh lawatan pejabat MAVCOM.
MAVCOM amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato Henry dan berharap ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerja antara Suruhanjaya dan Kementerian Pengangkutan.