Pilih satu Halaman
Sumber-Sumber / Arkib / Lawatan rasmi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Habibollah ke MAVCOM

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Habibollah ke MAVCOM

Pada 3 Februari 2023, MAVCOM telah menerima kunjungan rasmi oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Habibollah. Ini menandakan lawatan pertama Timbalan Menteri ke pejabat Suruhanjaya di mana beliau disambut oleh Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. Kasim, Pengarah Pembangunan Penerbangan, En. Jaffar Derus bin Ahmad dan kakitangan MAVCOM. Dalam lawatan tersebut, Timbalan Menteri turut diiringi oleh Setiausaha Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan, En. Mohamad Radzuan bin Mazlan.

Lawatan dimulakan dengan sesi penggambaran sebelum satu taklimat diberi kepada Timbalan Menteri mengenai peranan dan fungsi MAVCOM, inisiatif semasa dan akan datang serta hal ehwal dan isu semasa berkaitan industri penerbangan. Timbalan Menteri kemudiannya mengadakan sesi walkabout di pejabat MAVCOM di mana Timbalan Menteri bertemu dan disambut oleh kakitangan MAVCOM.

MAVCOM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kepada Timbalan Menteri di atas kehadiran beliau ke lawatan rasmi tersebut. Suruhanjaya berharap untuk terus bekerjasama bersama pihak Kementerian Pengangkutan dalam penambahbaikan industri penerbangan negara.