Pengguna / Pengenalan
Pengenalan
Jika anda merupakan seorang pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia, hak-hak anda dinyatakan dengan jelas dan dilindungi di bawah undang-undang negara. Hak-hak ini meliputi urus niaga dengan syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penyedia-penyedia perkhidmatan penerbangan lain, termasuk syarikat penerbangan asing yang beroperasi ke dalam dan dari Malaysia. Kesedaran mengenai hak-hak anda akan membantu anda mendapatkan keputusan yang adil jika sesuatu yang tidak diingini berlaku semasa perjalanan anda.
Dalam seksyen di laman web ini, anda boleh mempelajari mengenai hak-hak anda dan cara untuk mendapatkan hak-hak tersebut yang berkaitan dengan perubahan penerbangan, penentuan harga, bagasi dan isu-isu lain. Semua maklumat di sini adalah berdasarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016. Maklumat mengenai rujukan-rujukan kepada Kod tersebut juga diberikan supaya anda boleh merujuk kepadanya semasa membuat sebarang tuntutan atau dalam suatu pertikaian. Sebarang syarikat penerbangan yang beroperasi dari atau ke Malaysia dan semua lapangan terbang di Malaysia adalah dikehendaki untuk mematuhi Kod tersebut.