Pengguna / Aduan / Buat aduan
Buat aduan
Sudahkah anda membuat aduan secara terus untuk memberi peluang kepada syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang atau pembekal perkhidmatan penerbangan menyelesaikan isu anda? Untuk peringkat awal, aduan secara terus kepada pihak berkenaan adalah pilihan yang terbaik bagi menyelesaikan isu yang anda hadapi. Untuk menghubungi khidmat pelanggan syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang yang berkenaan, anda boleh mendapatkan butiran lanjut di sini.
Sekiranya syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang atau pembekal perkhidmatan penerbangan tidak berjaya menyelesaikan aduan anda selepas 30 hari daripada tarikh asal aduan anda, anda boleh membuat aduan kepada MAVCOM melalui laman web Flysmart. Selepas anda berbuat demikian, anda akan menerima maklum balas awal daripada kami dalam tempoh tujuh hari. Anda mungkin diminta untuk mengemukakan dokumen dan maklumat tambahan bagi membantu kami menangani kes anda. Sila berikan tempoh 30 hari bagi penyelesaian aduan anda.
Semak status
Sekiranya anda telah membuat aduan kepada MAVCOM melalui laman web FlySmart, anda boleh menyemak status kes anda di sini. Jika anda tidak dapat mengesan atau terlupa nombor rujukan kes, sila e-mel kami di enquiries@flysmart.my.
Â
Â
Â