Pilih satu Halaman

Pengguna/ FlySmart / Pengenalan

Pengenalan

Sekiranya anda menaiki penerbangan di Malaysia, hak-hak anda ditakrifkan secara jelas dan dilindungi di bawah undang-undang. Hak-hak ini merangkumi segala perundingan dengan syarikat penerbangan, lapangan terbang, termasuk  syarikat penerbangan asing yang beroperasi ke dan dari Malaysia. Mengetahui hak-hak anda boleh membantu anda dengan penyelesaian yang adil sekiranya anda mengalami masalah sepanjang perjalanan.

MAVCOM juga telah memperkenalkan FlySmart sebagai sebuah platform untuk memperjuangkan hak pengguna dalam sektor penerbangan. Sasaran FlySmart adalah untuk memupuk kesedaran, mendidik dan memperkasakan pengguna tentang hak-hak mereka, dengan rujukan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016.

 

 

Platform mesra pengguna ini membawa manfaat dengan mengambil pelbagai pengalaman dan isu penumpang penerbangan, supaya para pengguna dapat merancang perjalanan penerbangan mereka sebaik mungkin.  

Mengetahui hak anda sebagai penumpang penerbangan boleh membantu anda mendapat penyelesaian yang adil sekiranya anda mengalami masalah sepanjang perjalanan. Dapatkan perkembangan terkini FlySmart melalui platform-platform yang tertera di bawah:

www.flysmart.my

www.facebook.com/FlySmartMy

www.instagram.com/flysmartmy

atau muat turun aplikasi FlySmart di Apple App Store dan Google Play Store.

 

Â