Pilih satu Halaman

Pengguna / Tuntutan dan Pampasan / Kerosakan peralatan bantu mobiliti

Kerosakan peralatan bantu mobiliti

Perjalanan penerbangan anda boleh menjadi sangat mencabar jika peralatan bantu mobiliti anda mengalami kerosakan, walaupun dengan sokongan kakitangan pengendalian darat. Syarikat penerbangan anda bertanggungjawab untuk menjaga peralatan bantu mobiliti anda (seperti kerusi roda atau alat bantuan berjalan) yang anda perlu bawa ke dalam penerbangan.

Jika peralatan bantu mobiliti anda hilang atau rosak semasa penerbangan, syarikat penerbangan dikehendaki membayar pampasan kepada anda mengikut harga pasaran semasa peralatan anda.

Ilustrasi

Ali memerlukan kerusi roda untuk bergerak dan telah membawa peralatan bantu mobiliti tersebut bersamanya untuk penerbangan beliau daripada Penang ke  Kuala Lumpur. Setelah tiba, dia mendapati bahawa kerusi roda itu telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan. Adakah Ali layak untuk mendapat pampasan?

  • Ali berhak untuk mendapat pampasan bagi kerusi roda yang rosak itu. Pampasan hendaklah berasaskan kepada harga pasaran kerusi roda tersebut.
  • Ali juga perlu diberi kerusi roda gantian sementara pampasan sedang diproses.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) – Bahagian III, Perenggan 14: Hak Penumpang Pesawat Udara – Pampasan Bagi Kehilangan Atau Kerosakan Kelengkapan Mobiliti dan Alat Bantuan.

Anda juga boleh merujuk kepada video animasi pendek kami berkenaan topik ini: