Pilih satu Halaman

Pengguna / Syarikat Penerbangan dan Harga Tiket / Pendedahan harga

Pendedahan harga

Para pengguna berhak untuk mengetahui keseluruhan kos sebarang tiket penerbangan. Syarikat penerbangan atau ejen pelancongan anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada anda butiran kos tiket tersebut secara jelas sebelum anda membeli tiket. Ini termasuk:

  • harga asas tiket penerbangan (termasuk semua caj yang perlu dibayar ke syarikat penerbangan);
  • cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan;
  • fi dan caj (seperti caj lapangan terbang, bahan api atau perkhidmatan penumpang); atau
  • caj bagi perkhidmatan pilihan (seperti bayaran bagasi atau insurans).

Harga akhir yang anda lihat dan bayar hendaklah merangkumi semua kos di atas tanpa sebarang kos “tambahan” yang tersorok.

Ilustrasi

Hani tidak dapat melihat perincian kos tiket beliau semasa membeli tiket di laman sesawang syarikat penerbangan. Beliau terpaksa menghubungi pusat panggilan syarikat penerbangan untuk mendapatkan perincian kos tiket.

  • Pengguna haruslah dimaklumkan apa yang mereka bayar sewaktu pembelian.
  • Dalam kes ini, syarikat penerbangan haruslah memastikan bahawa perincian kos sentiasa telus melalui semua saluran komunikasi (laman sesawang, pusat panggilan pengguna, ejen pelancongan, telefon, iklan, aplikasi mudah alih). Pengguna tidak patut dikehendaki untuk menghubungi pusat panggilan untuk meminta perincian kos tiket penerbangan mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) – Bahagian II, Perenggan 3: Takat Perkhidmatan Minimum dan Standard Prestasi Syarikat Penerbangan dan Pengendali AerodromPenzahiran Sepenuhnya Tentang Tambang Penerbangan

Anda juga boleh merujuk kepada video animasi pendek kami berkenaan topik ini: