Pengguna / Sebelum Penerbangan Anda / Pengiklanan
Pengiklanan
Anda sedang merancang percutian anda yang seterusnya dan ternampak sebuah iklan promosi oleh sebuah syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan hendaklah memastikan bahawa harga yang diiklankan tersebut merupakan harga muktamad yang perlu dibayar oleh pengguna penerbangan. Harga muktamad tersebut hendaklah meliputi:Â
- harga asas tiket penerbangan (termasuk semua caj yang perlu dibayar ke syarikat penerbangan);
- cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan;
- fi dan caj (seperti caj lapangan terbang, bahan api atau perkhidmatan penumpang); atau
- fi dan surcaj (seperti fi bagasi dan insurans).Â
Ilustrasi
Iklan yang tidak mematuhi MACPC
Logan melihat sebuah iklan bagi penerbangan ke Perth:
Bolehkah syarikat penerbangan memaparkan iklan seperti ini?Â
Syarikat penerbangan hendaklah menyatakan dengan jelas bahawa tambang tersebut merupakan “tambang terangkum” dan bukan tambang asas. Contoh iklan di bawah menunjukkan kesemua maklumat yang perlu dipaparkan di dalam iklan bagi pengguna penerbangan.