Pengumuman
Rundingan Mengenai Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Cathay Pacific Airways Limited
MAVCOM telah menerima permohonan pengecualian individu bagi usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Cathay Pacific Airways Limited di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 20 Jun 2022.
Buletin Hak Trafik Udara (Mac 2022)
Buletin ini menunjukkan Hak Trafik Udara (ATR) yang diberi oleh MAVCOM untuk bulan Mac 2022 serta Trafik Udara yang tersedia / dipulangkan / tamat tempoh…
Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG
MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 6 Mei 2022.
Buletin Hak Trafik Udara (Februari 2022)
Buletin ini menunjukkan Hak Trafik Udara (ATR) yang diberi oleh MAVCOM untuk bulan Februari 2022 serta Trafik Udara yang tersedia / dipulangkan / tamat tempoh…
Tamat Tempoh Lesen Pengendali Darat (“GHL”) Brahim’s SATS Food Services Sdn. Bhd
GHL Brahim’s SATS Food Services Sdn. Bhd. tamat tempoh kelulusannya pada 1 Mac 2022.
Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Lesen Pengendalian Darat (GHL) kepada Malindo Airways Sdn. Bhd. [berniaga sebagai Malindo Air]
MAVCOM meluluskan pembaharuan ASL dan GHL kepada Malindo Airways Sdn. Bhd. bagi tempoh dua belas (12) bulan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022 hingga 28 Februari 2023…
Pembaharuan Lesen Pengendalian Darat (GHL) kepada AeroDarat Service Sdn. Bhd.
MAVCOM meluluskan pembaharuan ASL kepada AeroDarat Services Sdn. Bhd. bagi tempoh dua belas (12) bulan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022 hingga 28 Februari 2023.
Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) kepada FlyFirely Sdn. Bhd. [beroperasi sebagai Firefly]
MAVCOM meluluskan pembaharuan ASL kepada FlyFirefly Sdn. Bhd. bagi tempoh dua belas (12) bulan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022 hingga 28 Februari 2023.
Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) kepada Malaysia Airlines Berhad
MAVCOM meluluskan pembaharuan ASL kepada Malaysia Airlines Berhad bagi tempoh tiga puluh enam (36) bulan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022 hingga 28 Februari 2025.
Pembaharuan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) kepada Prima Air Sdn. Bhd.
MAVCOM meluluskan pembaharuan ASP kepada Prima Air Sdn. Bhd. bagi tempoh dua belas (12) bulan dan dua puluh enam (26) hari berkuat kuasa mulai 6 Mac 2022 hingga 31 Mac 2023.