Pilih satu Halaman
Sumber-Sumber / Arkib / Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Operasi MAVCOM Berucap di Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023

Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Operasi MAVCOM Berucap di Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023

Pada 6 September 2023, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Raja Azmi Raja Nazuddin telah mewakili MAVCOM sebagai penceramah jemputan di Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023 (‘Sarawak Transport Conference 2023’) anjuran Kementerian Pengangkutan sempena Mesyuarat Kluster Pengangkutan ke-10 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP-EAGA).

Raja Azmi memberi pandangan beliau mengenai topik ‘Memperluaskan Kesalinghubungan Udara untuk Meningkatkan Ketersambungan EAGA Serantau: Perspektif Malaysia’ kepada pelbagai
delegasi persidangan termasuk pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan dari BIMP-EAGA, ahli-ahli perniagaan serta para pelajar universiti. Tema persidangan tersebut ialah ‘Sektor Pengangkutan Memesatkan Pelancongan, Perdagangan, dan Pelaburan di Rantau BIMP-EAGA’.

Beliau menghuraikan bahawa halangan terbesar bagi meningkatkan pertumbuhan dalam perdagangan, pelaburan, dan pelancongan di subrantau ini adalah kekurangan kesalinghubungan
udara. Mujurlah, suku kedua tahun 2023 menyaksikan pemulihan industri yang pesat dan disebabkan itu, terdapat potensi yang besar untuk mempertumbuhkan industri pelancongan dan penerbangan udara antarabangsa dalam BIMP-EAGA. Oleh itu, penambahbaikkan kesalinghubungan udara merupakan langkah ke hadapan yang penting untuk menggalakkan lagi peningkatan permintaan penerbangan serta mewujudkan kitaran bernilai murni yang memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi.

Raja Azmi berkata, “Potensi besar Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) boleh dimanfaatkan dengan peningkatan kesalinghubungan udara melalui hab pertumbuhan, kerjasama dari segi pelancongan, perkongsian kod penerbangan (“code-sharing”), serta pelaburan infrastruktur lapangan terbang.”

Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Ahli Suruhanjaya, Dato Ir. Alice Jawan Empaling turut menyampaikan ceramah pertama persidangan tersebut mengenai “Wawasan Menjadi Realiti: Bagaimana Sarawak Merevolusikan Pengangkutan Awam”. MAVCOM amat berterima kasih kepada pihak Kementerian Pengangkutan Sarawak atas jemputan
untuk mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.

MAVCOM akan terus menyokong usaha-usaha peningkatan perjalanan udara dan ekonomi yang dilaksanakan oleh para industri dan kerajaan. MAVCOM berharap dapat mengambil bahagian dalam lebih banyak lagi sesi perkongsian dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembentangan berkenaan ‘Memperluaskan Kesalinghubungan Udara untuk Meningkatkan Ketersambungan EAGA Serantau: Perspektif Malaysia’, sila klik di sini.

Sumber-Sumber / Arkib / Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Operasi MAVCOM Berucap di Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023

Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Operasi MAVCOM Berucap di Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023

Pada 6 September 2023, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Raja Azmi Raja Nazuddin telah mewakili MAVCOM sebagai penceramah jemputan di Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023 (‘Sarawak Transport Conference 2023’) anjuran Kementerian Pengangkutan sempena Mesyuarat Kluster Pengangkutan ke-10 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP-EAGA).

Raja Azmi memberi pandangan beliau mengenai topik ‘Memperluaskan Kesalinghubungan Udara untuk Meningkatkan Ketersambungan EAGA Serantau: Perspektif Malaysia’ kepada pelbagai delegasi persidangan termasuk pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan dari BIMP-EAGA, ahli-ahli perniagaan serta para pelajar universiti. Tema persidangan tersebut ialah ‘Sektor Pengangkutan Memesatkan Pelancongan, Perdagangan, dan Pelaburan di Rantau BIMP-EAGA’.