Sembang Teknologi MyDigital – Pengangkutan mampan nadi pembangunan negara
Saksikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM atau Suruhanjaya), YBhg. Datuk Seri Saripuddin Hj. Kasim berkongsi tentang penambahbaikan kepada aplikasi mudah alih FlySmart yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya sebagai sebahagian daripada inisiatif digital MAVCOM untuk membantu mempercepatkan pemulihan sektor penerbangan negara. YBhg. Datuk Seri Saripuddin juga menghuraikan kepentingan mempelajari dan melaksanakan hak-hak pengguna penerbangan.
Sembang Teknologi ini bermula dengan perbualan bersama YBhg. Datuk Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Anggota Suruhanjaya MAVCOM, mengenai Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, yang digubal dengan visi untuk membangunkan sektor pengangkutan yang mampan. Temu bual dengan MAVCOM bermula pada minit yang ke-55.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MyDigital, sila klik di sini.