Sesi Bertemu dengan Pakar di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)
Pada 16 Ogos 2022, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah dijemput untuk membuat penerangan mengenai ‘Pengenalan kepada Pengangkutan Udara Antarabangsa’ di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Kampus Bandar di Kuala Lumpur, yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (MAIWP) di bawah Jabatan Perdana Menteri. MAVCOM telah diwakili oleh Encik Jaffar Derus Ahmad, Pengarah Pembangunan Penerbangan sebagai penceramah jemputan.
Sesi ‘Bertemu dengan Pakar’ tersebut telah dihadiri oleh 30 individu daripada UCMI yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah kanan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rantaian Bekalan Antarabangsa (BISCM) serta pelajar-pelajar daripada program Diploma. En. Jaffar telah membentangkan mengenai pelbagai tajuk yang berkait rapat dengan pengangkutan udara antarabangsa. Sesi tersebut dimulakan dengan perkongsian mengenai peranan MAVCOM sebagai pengawal selia perkara komersial dan ekonomi dalam industri penerbangan Malaysia, diikuti dengan penjelasan mengenai obligasi perkhidmatan awam Malaysia melalui Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) untuk kawasan luar bandar di Malaysia Timur. Tambahan pada itu, En. Jaffar telah membuat penerangan mengenai Hak Trafik Udara, Perjanjian Perkhidmatan Udara serta Kebebasan Udara, antara lainnya.
Pembentangan beliau diakhiri dengan sesi soal jawab. MAVCOM amat berterima kasih kepada pihak UCMI atas jemputan untuk mengambil bahagian dalam sesi ‘Bertemu Dengan Pakar’ serta atas penglibatan golongan belia dalam sesi tersebut. MAVCOM akan terus menyokong pemupukan bakat baharu dalam industri penerbangan dan berharap dapat mengambil bahagian dalam sesi bersama pelajar yang lain pada masa hadapan.