Pilih satu Halaman
Sumber-Sumber / Arkib / Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dan Inisiatif MAVCOM

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dan Inisiatif MAVCOM

 

Dalam ekonomi yang semakin berkembang dan membangun, pengangkutan akan terus memainkan peranan utama dalam meningkatkan peluang ekonomi, menyediakan akses dan membawa kepada pembangunan sosial. Dasar Pengangkutan Negara (NTP) 2019-2030 merupakan salah satu tiang utama untuk mengukuhkan infrastruktur pengangkutan negara dan menyediakan sistem pengangkutan yang mampan selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Aspirasi Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad untuk NTP 2019-2030 adalah untuk menjadikan pengangkutan awam Malaysia sebagai pilihan Rakyat dari segi mobiliti. NTP 2019-2030 akan menetapkan hala tuju strategik untuk pertumbuhan masa depan sektor pengangkutan yang mampan di Malaysia, serta menyediakan sistem pengangkutan awam dengan ketersambungan yang lebih baik untuk Rakyat.

Sejak penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MAVCOM yang selaras dengan NTP 2019-2030.

Inisiatif MAVCOM yang sejajar dengan teras NTP: