Sumber-Sumber / Keputusan, Arahan dan Notis / Konsultasi

Konsultasi

Rundingan berkenaan Permohonan untuk Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG (sehingga 3 Disember 2018)

MAVCOM telah menerima suatu permohonan untuk pengecualian individu di bawah Seksyen 51, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berhubung permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 3 Disember 2018.

Rundingan berkenaan Permohonan untuk Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa

Kertas Rundingan berkenaan Rangka Kerja Caj Aeronautikal

MAVCOM sedang menghasilkan Rangka Kerja Caj Aeronautikal yang akan menjadi asas kepada metodologi penetapan caj aeronautikal jangka panjang di kesemua lapangan terbang komersial di Malaysia. Kertas Rundingan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan metodologi ini. MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Kertas Rundingan ini, sebelum 5 petang pada 16 November 2018.

Ralat: “If MAVCOM assumes an annual price inflation of 2.5%..” di muka surat 21.

Kertas Rundingan berkenaan Rangka Kerja Caj Aeronautikal

Kertas Rundingan Mengenai Draf Garis Panduan Berkenaan Penentuan Penalti Kewangan dan Draf Garis Panduan Berkenaan Rejim Kelonggaran (Tutup)

Berkuatkuasa daripada 1 Mac 2016, undang-undang persaingan yang terpakai bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia adalah seperti yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, khususnya Bahagian VII (Persaingan) Akta tersebut. Sebagai penguatkuasa undang-undang persaingan bagi perkhidmatan penerbangan, MAVCOM akan mengeluarkan beberapa garis panduan di bawah seksyen 65 Akta tersebut bagi menjelaskan analisis yang digunakan serta faktor yang dipertimbangkan oleh MAVCOM dalam pelaksanaan Bahagian VII Akta tersebut.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Draf Garis Panduan berkenaan Penentuan Penalti Kewangan dan Draf Garis Panduan Berkenaan Rejim Kelonggaran. Maklum balas berhubung dengan draf Garis Panduan ini hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 18 Jun 2018.

Draf Garis Panduan berkenaan Penentuan Penalti Kewangan
Draf Garis Panduan berkenaan Rejim Kelonggaran

Kertas Rundingan mengenai Draf Garis Panduan berkenaan Penilaian Substantif bagi Percantuman dan Draf Garis Panduan berkenaan Pemberitahuan dan Permohonan bagi Percantuman yang Dijangkakan atau Percantuman

Berkuatkuasa daripada 1 Mac 2016, undang-undang persaingan yang terpakai bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia adalah seperti yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, khususnya Bahagian VII (Persaingan) Akta tersebut. Sebagai penguatkuasa undang-undang persaingan bagi perkhidmatan penerbangan, MAVCOM akan mengeluarkan beberapa garis panduan di bawah seksyen 65 Akta tersebut bagi menjelaskan analisis yang digunakan serta faktor yang dipertimbangkan oleh MAVCOM dalam pelaksanaan Bahagian VII Akta tersebut.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Draf Garis Panduan berkenaan Penilaian Substantif bagi Percantuman dan Draf Garis Panduan berkenaan Pemberitahuan dan Permohonan bagi Percantuman yang Dijangkakan atau Percantuman. Maklum balas serta komen berhubung dengan draf Garis Panduan ini hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 12 April 2018.

Draf Garis Panduan berkenaan Penilaian Substantif bagi Percantuman
Draf Garis Panduan berkenaan Pemberitahuan dan Permohonan bagi Percantuman yang Dijangkakan atau Percantuman

Kertas Rundingan berkenaan Cadangan Pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) (Tutup)

Sebahagian daripada usaha berterusan Suruhanjaya bagi memastikan hak dan kepentingan pengguna dilindungi, Suruhanjaya telah mendapati beberapa bahagian dalam MACPC yang memerlukan penambahbaikan selanjutnya. Kertas Rundingan ini menggariskan butiran berhubung cadangan pindaan-pindaan tersebut. Sebarang maklum balas serta komen berhubung Kertas Rundingan ini adalah amat dialu-alukan. Tarikh akhir untuk memberi maklum balas adalah pada 22 Mac 2018.

Cadangan Pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC)

Kertas Informasi berkenaan Rangka Kerja Caj Aeronautikal (tutup)

MAVCOM sedang membangunkan Rangka Kerja Caj Aeronautikal berdasarkan kos yang akan menjadi asas kepada metodologi penetapan caj aeronautikal jangka panjang di kesemua lapangan terbang komersial di Malaysia. MAVCOM telahpun mengumumkan pelan untuk membangunkan rangka kerja ini kepada industri pada Ogos 2017 dan proses pengumpulan data sedang dijalankan pada masa ini. Objektif Kertas Rundingan ini ialah untuk memberi gambaran menyeluruh mengenai konsep rangka kerja yang sedang dibangunkan. MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Kertas Informasi ini, sebelum atau pada 9 Mac 2018.

Kertas Informasi berkenaan Rangka Kerja Caj Aeronautikal

Kertas Rundingan mengenai Draf Garis Panduan berkenaan Takrif Pasaran Perkhidmatan Penerbangan, Perjanjian Antipersaingan dan Penyalahgunaan Kedudukan Dominan (tutup)

Berkuat kuasa daripada 1 Mac 2016, undang-undang persaingan yang terpakai bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia adalah seperti yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, khususnya Bahagian VII (Persaingan) Akta tersebut. Sebagai penguatkuasa undang-undang persaingan bagi perkhidmatan penerbangan, MAVCOM akan mengeluarkan beberapa garis panduan di bawah seksyen 65 Akta tersebut bagi menjelaskan analisis yang digunakan serta faktor yang dipertimbangkan oleh MAVCOM dalam pelaksanaan Bahagian VII Akta tersebut.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Draf Garis Panduan mengenai Takrif Pasaran Perkhidmatan Penerbangan, Perjanjian Antipersaingan dan Penyalahgunaan Kedudukan Dominan ini. Maklum balas serta komen berhubung dengan draf Garis Panduan ini hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 12 Januari 2018.

Draf Garis Panduan mengenai Takrif Pasaran Perkhidmatan Penerbangan
Draf Garis Panduan mengenai Perjanjian Antipersaingan
Draf Garis Panduan mengenai Penyalahgunaan Kedudukan Dominan

Kertas Rundingan berkenaan Caj Perkhidmatan Penumpang bagi Lapangan terbang di Malaysia (tutup)

MAVCOM telah mengumumkan pindaan ke atas Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) pada bulan Oktober 2016 di mana PSC bagi penerbangan dan ASEAN telah disamaratakan bagi semua lapangan terbang di Malaysia, dengan satu-satunya perbezaan kadar antarabangsa antara KLIA dan klia2 dirancang untuk disamaratakan dalam tempoh setahun. MAVCOM kini sedang di dalam proses untuk menyamaratakan PSC bagi penerbangan jarak jauh sebagai salah satu langkah ke arah pematuhan amalan terbaik rangka kerja bagi caj aeronautikal. MAVCOM sedang membangunkan metodologi bagi memastikan caj aeronautikal di dalam jangka panjang adalah berteraskan amalan terbaik antarabangsa yang bersangkutan penetapan harga aeronautikal. MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Kertas Rundingan ini. Tarikh akhir untuk memberi maklum balas adalah pada 15 September 2017.

Caj Perkhidmatan Penumpang bagi Lapangan terbang di Malaysia

Kertas Rundingan berkenaan Pendekatan Pengawalseliaan terhadap Kualiti Perkhidmatan Lapangan-lapangan Terbang di Malaysia (tutup)

MAVCOM sedang dalam proses menghasilkan sebuah skim Kualiti Perkhidmatan (QoS) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Kertas Rundingan ini menggariskan butiran berhubung skim tersebut dan sebarang maklum balas serta komen berhubung Kertas Rundingan ini adalah amat dialu-alukan. Tarikh akhir untuk memberi maklum balas adalah pada 28 Julai 2017.

Kualiti Perkhidmatan Lapangan-lapangan Terbang di Malaysia – Konsultasi berkenaan pendekatan pengawalseliaan