Laporan Teknikal: Pengganda Sektor Penerbangan
Mengikut pengiraan kami, anggaran terkini pengganda keluaran bagi sektor penerbangan Malaysia adalah sebanyak 2.0 kali ganda. Ini bermakna, setiap RM1 keluaran yang dihasilkan oleh sektor penerbangan akan menjana sebanyak RM2 keluaran bagi ekonomi negara secara keseluruhan.
Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Kertas Teknikal pihak Suruhanjaya mengenai Pengganda Sektor Penerbangan, memandangkan kerumitan dan permasalahan yang berkait dengan pengiraan kesan-kesan pengganda, kami mengesyorkan bahawa mana-mana anggaran pengganda yang dibentangkan kepada pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia hendaklah disertakan dengan:
- Definisi tepat pengganda yang dimaksudkan, iaitu sama ada ia merujuk kepada pengganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), keluaran, pekerjaan, serta tahun dan tempat rujukan pengganda tersebut.
- Metodologi pengiraan yang digunakan di dalam anggaran pengganda yang dibentangkan, sama ada ia berdasarkan Jadual Input-Output, atau metodologi lain. Metodologi ini hendaklah disertakan dengan butiran andaian yang digunapakai dan jalan-kira yang boleh dijana semula oleh pihak lain.
- Sumber-sumber bagi data yang digunapakai di dalam pengiraan pengganda yang dibentangkan, sama ada ianya daripada statistik rasmi, data proksi, atau kajian primer.
Laporan Teknikal boleh didapati dalam bentuk PDF di sini.