Rundingan
Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG
MAVCOM telah mengeluarkan Keputusan Cadangan yang mendapati bahawa permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi perjanjian usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG memenuhi semua syarat di bawah seksyen 50 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan pengecualian individu tersebut layak dibaharui.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut.Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 11 November 2022.
Kertas Rundingan berkenaan Cadangan Pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC)
Sebahagian daripada usaha berterusan MAVCOM dalam menambahbaik hak-hak perlindungan pengguna penerbangan, MAVCOM telah mendapati beberapa bahagian dalam MACPC yang memerlukan penambahbaikan selanjutnya dalam memastikan hak dan kepentingan pengguna senantiasa dilindungi, terutamanya dalam situasi luar biasa seperti pandemik COVID-19.
Cadangan-cadangan pindaan terhadap MACPC termasuk perlindungan berkaitan bayaran balik, hak-hak penumpang, pas perjalanan serta pemadaman penerbangan yang dibatalkan daripada sistem tempahan syarikat penerbangan.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan anda tentang cadangan pindaan kepada MACPC selewat-lewatnya pada 7 November 2022.
Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd. dan United Airlines, Inc.
MAVCOM telah mengeluarkan Keputusan Cadangan yang mendapati bahawa permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi perjanjian usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd. dan United Airlines, Inc. memenuhi semua syarat di bawah seksyen 50 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan pengecualian individu tersebut layak dibaharui.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut.Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 21 September 2022.
Kertas Rundingan Pertama berkenaan Rangka Kerja Jangka Panjang untuk Penyeliaan Caj Perkhidmatan Penerbangan
MAVCOM ingin melaksanakan sebuah rangka kerja jangka panjang untuk mengawal selia caj perkhidmatan penerbangan bagi semua aerodrom di Malaysia. Ini merangkumi kesemua caj yang disenaraikan dalam Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016 serta pindaannya, dan juga termasuk mana-mana caj yang berkaitan. Kertas Rundingan ini menimbang prinsip-prinsip pengawalseliaan MAVCOM, menangani ketidaktentuan pasaran, kaedah jangka pendek yang dicadangkan, kaedah peralihan serta pertimbangan-pertimbangan bagi pelaksanaan rangka kerja berdasarkan kos.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Kertas Perundingan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada airport.charges@mavcom.my sebelum atau pada 30 Ogos 2022.
Peraturan Caj Perkhidmatan Penerbangan – Kertas Perundingan Pertama
Rundingan Mengenai Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines Limited
MAVCOM telah menerima permohonan pengecualian individu bagi usahasama antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 24 Ogos 2022.
Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Penggabungan yang Dijangkakan antara SIA Engineering Company Limited dan Pos Aviation Engineering Services Sdn. Bhd.
MAVCOM telah mengeluarkan Keputusan Cadangan yang memutuskan bahawa penggabungan yang dijangkakan antara SIA Engineering Company Limited dan Pos Aviation Engineering Services Sdn. Bhd. tidak akan melanggar larangan di bawah seksyen 54 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 3 Ogos 2022.
Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad and Japan Airlines Co. Ltd.
MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad and Japan Airlines Co. Ltd. di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 1 Julai 2022.
Rundingan Mengenai Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Cathay Pacific Airways Limited
MAVCOM telah menerima permohonan pengecualian individu bagi usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Cathay Pacific Airways Limited di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 20 Jun 2022.
Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG
MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 6 Mei 2022.
Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd. dan United Airlines, Inc.
MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi perjanjian usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd dan United Airlines, Inc. di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 14 Mac 2022.