Pilih satu Halaman
Sumber-Sumber / Keputusan, Arahan dan Notis / Rundingan

Rundingan

Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 6 Mei 2022.

Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

Rundingan Mengenai Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Perjanjian Usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd. dan United Airlines, Inc.

MAVCOM telah menerima permohonan pembaharuan pengecualian individu bagi perjanjian usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd dan United Airlines, Inc. di bawah seksyen 51 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan permohonan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 14 Mac 2022.

Rundingan berkenaan Permohonan Pembaharuan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara All Nippon Airways Co., Ltd dan United Airlines, Inc.

Rundingan Mengenai Notis Sukarela dan Permohonan Percantuman yang Dijangkakan antara SIA Engineering Company Limited dan Pos Aviation Engineering Services Sdn. Bhd.

MAVCOM telah menerima notis dan permohonan percantuman yang dijangkakan antara SIA Engineering Company Limited dan Pos Aviation Engineering Services Sdn. Bhd. di bawah seksyen 55 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan notis dan permohonan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 13 Disember 2021.

Rundingan Mengenai Notis Sukarela dan Permohonan Percantuman yang Dijangkakan antara SIA Engineering Company Limited dan Pos Aviation Engineering Services Sdn. Bhd.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Notis Sukarela dan Permohonan Penggabungan Jangkaan antara Korean Air Lines Co., Ltd. dan Asiana Airlines, Inc.

MAVCOM telah mengeluarkan Keputusan Cadangan yang mana penggabungan antara Korean Air Lines Co., Ltd. dan Asiana Airlines, Inc. tidak akan melanggar larangan di bawah Seksyen 54, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 31 Ogos 2021.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Notis Sukarela dan Permohonan Penggabungan Jangkaan antara Korean Air Lines Co., Ltd. dan Asiana Airlines, Inc.

Rundingan berkenaan Permohononan bagi Percantuman yang Dijangkakan di antara Korean Air Lines Co., Ltd. dan Asiana Airlines, Inc.

Harap maklum MAVCOM telah menerima permohonan bagi Percantuman yang Dijangkakan di bawah seksyen 55 dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 di antara Korean Air Lines Co., Ltd. dan Asiana Airlines, Inc.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berhubung dengan percantuman yang dijangka tersebut. Sila hantar maklum balas melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 1 Mei 2021.

Rundingan berkenaan Permohonan bagi Percantuman yang Dijangkakan di antara Korean Air Lines Co., Ltd. dan Asiana Airlines,Inc.

Rundingan berkenaan Permohonan untuk Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines Limited

MAVCOM telah menerima suatu permohonan untuk pengecualian individu di bawah seksyen 51, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines Limited. 

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berhubung permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 9 Disember 2019.

Rundingan berkenaan Permohonan untuk Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Singapore Airlines Limited

Rundingan berkenaan Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Japan Airlines Co. Ltd.

MAVCOM telah mengeluarkan suatu Keputusan Cadangan untuk memberikan, dengan syarat, pengecualian individu di bawah seksyen 51, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi suatu usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Japan Airlines Co. Ltd.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dnegan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 25 September 2019.

Rundingan berkenaan Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Japan Airlines Co. Ltd.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu oleh Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

MAVCOM telah mengeluarkan suatu Keputusan Cadangan untuk memberikan, dengan syarat, pengecualian individu di bawah Seksyen 51, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi suatu usahasama di antara Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG. 

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berkenaan dengan Keputusan Cadangan tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 2 Ogos 2019.

Rundingan Mengenai Keputusan Cadangan bagi Permohonan Pengecualian Individu oleh Singapore Airlines Limited dan Deutsche Lufthansa AG

Kertas Rundingan Kedua mengenai Rangka Kerja Caj Aeronautikal (Tutup)

Sebagai sebahagian daripada usaha Suruhanjaya dalam membangunkan rangka kerja caj aeronautikal berdasarkan kos yang akan menjadi asas kepada penetapan caj aeronautikal di kesemua lapangan terbang komersial di Malaysia, Suruhanjaya telah menerbitkan Kertas Rundingan Kedua yang merupakan sebahagian daripada proses rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan. Kertas Rundingan Kedua ini bertujuan untuk mengemaskini keputusan, mengenalpasti perkara-perkara yang memerlukan perbincangan lanjut, dan mendapatkan maklumbalas lebih lanjut mengenai rangka kerja ini. Caj-caj aeronautikal yang berdasarkan rangka kerja ini dijangka akan bermula pada Januari 2020. Suruhanjaya mengalu-alukan sebarang maklum balas berhubung Kertas Rundingan Kedua ini sebelum hari Khamis, 18 Julai 2019 sebelum jam 5 petang.

Kertas Rundingan Kedua mengenai Rangka Kerja Caj Aeronautikal.

Rundingan berkenaan Permohonan untuk Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Japan Airlines Co. Ltd.

MAVCOM telah menerima suatu permohonan untuk pengecualian individu di bawah seksyen 51, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 bagi usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Japan Airlines Co. Ltd.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas bertulis berhubung permohonan pengecualian individu tersebut. Maklum balas tersebut boleh dihantar melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 27 Mei 2019.

Rundingan berkenaan Permohonan untuk Pengecualian Individu bagi Usahasama di antara Malaysia Airlines Berhad dan Japan Airlines Co. Ltd.