Select Page

Adeline Ong May Lin

Komunikasi, Timbalan Pengarah

  • Adeline seorang pakar komunikasi yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang media dan perhubungan awam. Beliau kini mengetuai unit Komunikasi di MAVCOM, di mana beliau merancang dan melaksanakan strategi penentuan posisi (positioning) Suruhanjaya serta menguruskan inisiatif-inisiatif berkenaan media dan pihak berkepentingan MAVCOM.
  • Sebelum menyertai Suruhanjaya, beliau merupakan Naib Presiden bagi Unit Hal Ehwal Korporat di Citibank Malaysia, di mana Adeline bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Korporat Kewarganegaraan serta Hubungan Media.
  • Di tiga organisasi yang beliau pernah berkhidmat sebelum ini, Adeline mempunyai pengalaman dalam menubuhkan unit media, di mana beliau telah menyediakan hala tuju strategik dan memastikan penyesuaian mesej bagi bahan-bahan komunikasi serta pelabur. Selain dari Malaysia, Adeline juga berpengalaman dalam sektor swasta dan awam di negara-negara serantau.
  • Sebagai bekas penulis di akhbar Business Times dan The Edge Financial Weekly, beliau telah mendapat pendedahan di taraf antarabangsa sebagai seorang penulis bebas yang bertempat di Sepanyol. Adeline telah memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Chevening oleh Suruhanjaya Tinggi Britain, serta diberikan biasiswa oleh Kementerian Luar Negara Itali bagi kajian beliau dalam Bahasa Itali. Adeline juga telah menyertai program Pertukaran Tempat Pelajaran Berkumpulan ke Afrika Selatan bersama Rotary International.

Adeline adalah Alumni MAVCOM yang bekerja di Suruhanjaya sehingga November 2020.