Select Page

Abdul Kadir Mohamed Abd Salam

Penolong Pengarah, Kewangan, Perkhidmatan Korporat

  • Kadir merupakan sebahagian daripada pasukan perintis MAVCOM yang terlibat dalam penubuhan Suruhanjaya pada tahun 2016. Beliau telah menyumbang kepakaran beliau dengan menubuhkan infrastruktur operasi, mendapatkan geran pelancaran serta membangunkan polisi dan prosedur dalaman Suruhanjaya.
  • Di MAVCOM, Kadir menyelia dan mengawal pengurusan kewangan Suruhanjaya, termasuk pelaksanaan pengutipan Caj Pengawalseliaan (RSC) sebagai sumber pendapatan utama bagi Suruhanjaya. Beliau juga menyediakan dan menyemak pelan perniagaan tahunan, belanjawan serta KPI korporat bagi MAVCOM.
  • Sebelum menyertai MAVCOM, Kadir mengendalikan pelaporan pengurusan serta analisis prestasi di CIMB Group dan telah melaksanakan perkhidmatan audit serta khidmat nasihat kewangan di PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.
  • Kadir merupakan ahli Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dan beliau memiliki BA dalam Perakaunan dan Pengurusan Kewangan dari University of Sheffield, United Kingdom.