Select Page

Karen Leiking

Pembangunan Penerbangan, Pengurus Kanan

  • Dengan pengalaman beliau selama 24 tahun dalam industri penerbangan dan pelancongan, kepakaran Karen melibatkan beliau di dalam unit pengurusan krisis di Malaysia Airlines, di mana beliau telah bertanggungjawan untuk penghasilan dan pengawalan buku log bagi Pusat Operasi Kecemasan Malaysia Airlines (EOC) semasa kejadian MH370 dan MH17. Semasa beliau di Malaysia Airlines, beliau juga telah dilantik sebagai Pengurus Projek bagi program kesediaan operasi pesawat “Entry into Service (EIS)”.
  • Disebabkan pengalaman beliau yang luas, beliau telah dipilih untuk menjadi Pengarah Projek di Pejabat Pengurusan Penstrukturan (RMO) untuk Malaysia Airlines. Beliau juga telah menguruskan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang menyokong Pelan Pemulihan Perniagaan dan Pelan Transformasi Perniagaan di Pejabat Pengurusan Turnaround (TMO) bagi organisasi tersebut.
  • Memandangkan beliau menerajui pelbagai projek yang berkaitan dengan komuniti di Sabah dan Sarawak, rangkaian profesional Karen turut melibatkan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan termasuk Pemimpin Komuniti luar bandar berhubung program Perkhidmatan Luar Bandar (RAS). Beliau juga telah berjaya menyelaraskan aktiviti pemasaran bagi negeri Sabah di pelbagai pameran perdagangan dan perjalanan antarabangsa – terutamanya di dua pameran pelancongan terbesar dunia, iaitu International Tourismo Borse (ITB) di Berlin dan World Travel Market (WTM) di London, United Kingdom.
  • Karen memiliki Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan (BSBA) dalam bidang Pengurusan Industri Pelancongan dari Hawaii Pacific University.