Sarah Izzati Seeni Mohamed
Pembangunan Penerbangan, Eksekutif
- Sarah memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Multimedia University dan Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan & Kewangan) dari University of Auckland.
- Beliau mempunyai pengalaman selama lima tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa Kementerian termasuk Unit Kerjasama Awam Swasta Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan dan Industri, dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
- Kecekapan terasnya termasuk pengawalseliaan dan hubungan kerajaan, aero-politik, hal ehwal awam, penggubalan dasar, rundingan kontrak dan pengurusan pemegang saham.
- Sarah membantu membangunkan sistem permohonan permit pendaratan elektronik pertama bagi semua penerbangan memasuki ruang udara Malaysia serta beroperasi ke / dari semua lapangan terbang di Malaysia untuk menyelaraskan proses permit pendaratan di beberapa badan industri berkaitan.
Sarah Izzati adalah Alumni MAVCOM yang bekerja di Suruhanjaya sehingga September 2020.