Select Page

Sumathy Jaganatham

Perkhidmatan Korporat, Pengurus Kanan

  • Sumathy kini mengetuai unit Pengurusan Modal Insan di MAVCOM. Beliau mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman di bahagian operasi dan strategik, Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran. Beliau juga mempunyai pengalaman luas yang diperolehi dari pelbagai industri seperti perkhidmatan teknologi maklumat, petroleum & gas dan logistik.
  • Sumathy juga adalah merupakan sebahagian daripada pasukan perintis yang terlibat dalam penubuhan MAVCOM pada tahun 2016. Ini termasuklah projek yang menguruskan penubuhan MAVCOM serta menubuhkan pejabat fizikal semasa. Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan struktur organisasi dan membantu untuk menyediakan infrastruktur operasi. Selain itu, beliau juga amat aktif dalam usaha pengambilan tenaga kerja baru yang diperlukan oleh MAVCOM.
  • Beliau kini mengawasi keseluruhan bahagian Pengurusan Modal Insan di MAVCOM yang merangkumi dua unit iaitu unit Sumber Manusia dan unit Pentadbiran. Beliau juga menguruskan semua aspek pekerjaan dari segi pengambilan tenaga pekerja hingga ke bahagian persaraan yang merangkumi perancangan tenaga kerja, pampasan dan faedah, pembelajaran dan pengembangan, penghargaan dan pengiktirafan, dan perancangan penggantian untuk seluruh organisasi. Selain itu, beliau mengawasi kecekapan operasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan pejabat dan pentadbiran bahagian hadapan.
  • Sumathy adalah merupakan ahli MiHRM, MTUC dan MECA. Beliau mempunyai kelulusan LL.B (Hons) dari London dan disahkan dalam Percukaian Malaysia dan Perancangan Kewangan Korporat Malaysia. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA).